Peranan lelaki sebagai suri rumah
Oleh : Nuzul Idzati Mazlan
Lelaki dikaitkan dengan suri rumah jikalau dibincangkan pada zaman dahulu ianya boleh dikatakan amat “taboo”. Ini kerana lelaki sebagai suri rumah amat memalukan dan menunjukkan lelaki itu dilabel sebagai takut bini dan sebagainya. Akan tetapi lain pula jadinya pada zaman sekarang di mana kebanyakan lelaki menjadi suri rumah manakala isteri mereka keluar mencari rezeki.Dunia sudah terbalik namun adakah ianya masih dianggap sebagai “taboo”? Suri rumah dan lelaki sememangnya agak asing tetapi sudah menjadi trend. Kehidupan masa kini menyaksikan terdapat segelintir suami yang rela mengambil alih menjadoi suri rumah sepenuh masa.Walaupun sejak kebelakangan ini wanita berpangkat tinggi bukanlah sesuatu yang yang perlu dipertikaikan tetapi amat janggal apabila ada bisik-bisik yang mengatakan suami pula yang dipertanggungjawabkan melayan isteri tatkala pulang dari pejabat. Membancuh air dan melakukan beberapa perkara yang menjadi kelaziman isteri membuatnya. Sesetengah suami sudah diajar untuk melakukan sendiri kerja rumah tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Jadi, setelah berumah tangga, mereka masih terikut-ikut dengan cara tersebut. Setakat memasak, mengemas dan membersihkan rumah bukanlah sesuatu yang menyusahkan dan kerana itulah mereka rela untuk ‘bekerja’ di rumah.Sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengurus keluarga, rata-rata dari mereka telah pun berbincang dengan teliti mengenai masalah ini. Berkemungkinan besar pendapatan isteri lebih banyak berbanding suami. Adalah menjadi satu kerugian apabila isteri meletak jawatan kerana tidak mustahil banyak perbelanjaan yang akan terjejas. Oleh kerana itulah, suami terpaksa mengalah dan mungkin melakukan kerja dari rumah di samping mengurus rumah tangga sepenuhnya. Namun ada juga kes di mana lelaki sengaja mengambil kesempatan di atas kebaikan isteri serta pendapatannya yang tinggi. Hal seperti ini seharusnya tidak terjadi kerana umum mengetahui bahawa wanita tidak sekuat lelaki. Seharusnya bab mencari nafkah dilakukan oleh suami sendiri malah ada sebab kuat mengharuskan suami keluar mencari rezeki. Tetapi kesimpulannya adalah jika kedua-dua suami dan isteri telah mencapai kata sepakat dan masih lagi boleh mengekalkan hubungan dengan menghormati antara satu sama lain, mengapa tidak?
No comments:
Post a Comment