Tuesday, 21 May 2013

Balkanisasi Siber



 Oleh : NUZUL IDZATI MAZLAN

Rentetean dari  penulisan yang ditulis oleh laman Suara Murba, saya terpanggil untuk mengulas apa yang diperkatakan tentang Balkanisasi. Balkanisasi ialah sesuatu yang amat mudah untuk diterangkan namun secara tidak sedar balkanisasi sudah menjadi sesuatu yang diterima ramai oleh masyarakat dunia. Mereka sudah tidak ambil peduli walaupun kesedaran yang sememangnya balkanisasi sudah menguasai dunia. Penggunaan internet untuk mendapatkan maklumat sudah menjadi amat “viral” di mana kita dapat melihat betapa luasnya jurang di antara pengguna internet dan pengguna media tradisional yang semakin pupus zaman kini. Balkanisasi apa yang saya dapat lihat mewujudkan satu ideologi tersendiri kepada penggunanya tidak kiralah ianya menyokong mana-mana pihak. Akan tetapi balkanisasi secara mudahnya memudahkan pengguna untuk mencari kebenaran dan juga secara langsung memudahkan pengguna untuk menerima ideologi palsu atau hasutan yang kita tidak boleh kenal pasti kesasihannya. Inilah yang berlaku pada zaman kini di mana penggunaan internet secara bebas tanpa sekatan adalah menjadi tunjang utama Malaysia mempunyai pelbagai ideologi yang bertentangan. Ianya tidak salah untuk berlainan pendapat tetapi ianya mendatangkan permasalahan apabila ideology itu sangat bertentangan dengan kebenaran dan membawa kepada hasutan dan seterusnya menimbulkan kekacauan. Apa yang saya perhatikan,media mengamalkan kebebasan untuk bersuara.Mereka dengan sewenang-wenangnya mneyebarkan pendapat mereka sendiri tanpa isi kandungan mereka ditapis terlebih dahulu. Penggunaan ayat yang provokatif sememangnya adalah perkara yang biasa jikalau anda membaca laman-laman blog tersendiri. Ianya adalah semata-mata untuk menunjukkan apa yang mereka rasa mengenai sesuatu tanpa menghiraukan akan kesan yang dialami selepas itu. Ini telah membuatkan masyarakat Malaysia menerima pelbagai cerita dari sudut yang berbeza. Namun,apa yang diterima pengguna juga bergantung kepada paras kebijakan seseorang itu juga. Namun,adakah teori saya berkesan apabila pengguna dihidangkan dengan sesuatu yang dirasakannnya tidak betul namun lama-kelamaan menghadamnya dan menyokong pula apa yang dibaca kerana kerap kali diulang di media massa. Adakah begitu? Laman media sosial kerap kali menghidangkan apa yang kita katakan tidak bertapis. Remaja yang tidak matang fikirannya sudah pandai melayari “facebook” namun adakah fikirannya cukup matang untuk menapis dan menerima maklumat samada betul atau tidak? Di sini juga kita akan mempersoalkan kredibiliti kewartawanan itu sendiri kerana sedar atau tidak sesetengah akhbar galak mengutuk dan menebarkan fitnah antara satu sama lain. Mengapa ini terjadi? Sedangkan wartawan mempunya etika mereka tersendiri untuk menulis di dada akhbar.Perkembangan sebegini amat membimbangkan kerana telah menimbulkan kekacauan di negara kita, Malaysia. Ianya membawa kepada gangguan semangat 1 Malaysia kerana media telah membina benteng di antara kaum-kaum yang lain dalam konteks perbezaan pendapat dan seterusnya menggalakkan ketidakstabilan dalam keharmonian antara kaum di negara ini.

No comments:

Post a Comment