Artikel
1:Kebebasan berita dan informasi siber: suatu paradoks
Oleh
: Nuzul Idzati Mazlan

Permulaan
era kebebasan siber adalah pada 1998 di mana akta AKM 1998 telah
diluluskan.Bermula dari situ maka muncullah laman-laman web bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan yang mempunyai misi dalam menghamburkan ideologi yang mereka rasakan amat penting pada waktu itu tanpa mengambil peduli
akan bahasa yang digunakan. Apa yang mereka tahu isi kandungan itu lengkap
dengan maki hamun dan sumpah seranah maka ianya sudah sempurna untuk dihebahkan
kepada orang ramai dan semestinya melalui media. Perkara sebegini dengan
cepatnya tersebar dan akan mengheret lebih ramai pengguna internet untuk
menulis dan membalas balik apa yang disebarkan. Secara tidak langsung telah tercetusnya
perang kecil di antara pengguna internet yang amat berlainan pendapat. Akan
tetapi segelintir tidak melihatnya sebagai suatu ancaman kepada negara malahan
mereka berpendapat bahawa ianya adalah sesuatu yang diperlukan di dalam negara
yang mengamalkan demokrasi. Di maanakah rasionalnya? Etika kewartawanan juga telah
ditolak mentah oleh segelintir kumpulan ini hanya kerana ianya mengekang
kebebasan mereka untuk menulis dan mengepresikan apa yang dirasakan betul dan sebagainya.
Isu perpecahan antara kaum juga antara yang kita dapat lihat dalam media di
mana ianya telah membahagikan kaum
dengan saluran-saluran yang tertentu untuk mereka mendapatkan maklumat. Dapat
dilihat di mana akhbar telah di asingkan kepada setiap kaum,sekolah juga
mempunyai sekolah jenis Cina dan sekolah jenis India. Tidak salah untuk menyokong
kebebasan media namun setiap kebebasan mesti ada limitasinya tersendiri.
Semakin bebas sesuatu perkara itu, semakin terdedahlah ia kepada bahaya.Media
seharusnya digunakan sebaik mungkin bukannya untuk memberi laluan kepada
sesiapa yang ingin mengutuk dan memaki hamun. Perbalahan di dalam media boleh
membawa kepada perbalahan di luar siber kerana tiada sekatan untuk penyebaran
maklumat yang sebegitu provokatif dan lancang menyuarakan pendapat mereka.

No comments:
Post a Comment