Tuesday, 21 May 2013

lelaki sebagai suri rumah.


Peranan lelaki sebagai suri rumah
 
 

Oleh : Nuzul Idzati Mazlan


Lelaki dikaitkan dengan suri rumah jikalau dibincangkan pada zaman dahulu ianya boleh dikatakan amat “taboo”. Ini kerana lelaki sebagai suri rumah amat memalukan dan menunjukkan lelaki itu dilabel sebagai takut bini dan sebagainya. Akan tetapi lain pula jadinya pada zaman sekarang di mana kebanyakan lelaki menjadi suri rumah manakala isteri mereka keluar mencari rezeki.Dunia sudah terbalik namun adakah ianya masih dianggap sebagai “taboo”? Suri rumah dan lelaki sememangnya agak asing tetapi sudah menjadi trend. Kehidupan masa kini menyaksikan terdapat segelintir suami yang rela mengambil alih menjadoi suri rumah sepenuh masa.Walaupun sejak kebelakangan ini wanita berpangkat tinggi bukanlah sesuatu yang yang perlu dipertikaikan tetapi amat janggal apabila ada bisik-bisik yang mengatakan suami pula yang dipertanggungjawabkan melayan isteri tatkala pulang dari pejabat. Membancuh air dan melakukan beberapa perkara yang menjadi kelaziman isteri membuatnya. Sesetengah suami sudah diajar untuk melakukan sendiri kerja rumah tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Jadi, setelah berumah tangga, mereka masih terikut-ikut dengan cara tersebut. Setakat memasak, mengemas dan membersihkan rumah bukanlah sesuatu yang menyusahkan dan kerana itulah mereka rela untuk ‘bekerja’ di rumah.Sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengurus keluarga, rata-rata dari mereka telah pun berbincang dengan teliti mengenai masalah ini. Berkemungkinan besar pendapatan isteri lebih banyak berbanding suami. Adalah menjadi satu kerugian apabila isteri meletak jawatan kerana tidak mustahil banyak perbelanjaan yang akan terjejas. Oleh kerana itulah, suami terpaksa mengalah dan mungkin melakukan kerja dari rumah di samping mengurus rumah tangga sepenuhnya. Namun ada juga kes di mana lelaki sengaja mengambil kesempatan di atas kebaikan isteri serta pendapatannya yang tinggi. Hal seperti ini seharusnya tidak terjadi kerana umum mengetahui bahawa wanita tidak sekuat lelaki. Seharusnya bab mencari nafkah dilakukan oleh suami sendiri malah ada sebab kuat mengharuskan suami keluar mencari rezeki. Tetapi kesimpulannya adalah jika kedua-dua suami dan isteri telah mencapai kata sepakat dan masih lagi boleh mengekalkan hubungan dengan menghormati antara satu sama lain, mengapa tidak?











Kebebasan berita dan informasi siber


Artikel 1:Kebebasan berita dan informasi siber: suatu paradoks


Oleh : Nuzul Idzati Mazlan


 
Permulaan era kebebasan siber adalah pada 1998 di mana akta AKM 1998 telah diluluskan.Bermula dari situ maka muncullah laman-laman web bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan yang mempunyai misi dalam menghamburkan  ideologi  yang mereka rasakan amat  penting pada waktu itu tanpa mengambil peduli akan bahasa yang digunakan. Apa yang mereka tahu isi kandungan itu lengkap dengan maki hamun dan sumpah seranah maka ianya sudah sempurna untuk dihebahkan kepada orang ramai dan semestinya melalui media. Perkara sebegini dengan cepatnya tersebar dan akan mengheret lebih ramai pengguna internet untuk menulis dan membalas balik apa yang disebarkan. Secara tidak langsung telah tercetusnya perang kecil di antara pengguna internet yang amat berlainan pendapat. Akan tetapi segelintir tidak melihatnya sebagai suatu ancaman kepada negara malahan mereka berpendapat bahawa ianya adalah sesuatu yang diperlukan di dalam negara yang mengamalkan demokrasi. Di maanakah rasionalnya? Etika kewartawanan juga telah ditolak mentah oleh segelintir kumpulan ini hanya kerana ianya mengekang kebebasan mereka untuk menulis dan mengepresikan apa yang dirasakan betul dan sebagainya. Isu perpecahan antara kaum juga antara yang kita dapat lihat dalam media di mana ianya  telah membahagikan kaum dengan saluran-saluran yang tertentu untuk mereka mendapatkan maklumat. Dapat dilihat di mana akhbar telah di asingkan kepada setiap kaum,sekolah juga mempunyai sekolah jenis Cina dan sekolah jenis India. Tidak salah untuk menyokong kebebasan media namun setiap kebebasan mesti ada limitasinya tersendiri. Semakin bebas sesuatu perkara itu, semakin terdedahlah ia kepada bahaya.Media seharusnya digunakan sebaik mungkin bukannya untuk memberi laluan kepada sesiapa yang ingin mengutuk dan memaki hamun. Perbalahan di dalam media boleh membawa kepada perbalahan di luar siber kerana tiada sekatan untuk penyebaran maklumat yang sebegitu provokatif dan lancang menyuarakan pendapat mereka.

Balkanisasi Siber



 Oleh : NUZUL IDZATI MAZLAN

Rentetean dari  penulisan yang ditulis oleh laman Suara Murba, saya terpanggil untuk mengulas apa yang diperkatakan tentang Balkanisasi. Balkanisasi ialah sesuatu yang amat mudah untuk diterangkan namun secara tidak sedar balkanisasi sudah menjadi sesuatu yang diterima ramai oleh masyarakat dunia. Mereka sudah tidak ambil peduli walaupun kesedaran yang sememangnya balkanisasi sudah menguasai dunia. Penggunaan internet untuk mendapatkan maklumat sudah menjadi amat “viral” di mana kita dapat melihat betapa luasnya jurang di antara pengguna internet dan pengguna media tradisional yang semakin pupus zaman kini. Balkanisasi apa yang saya dapat lihat mewujudkan satu ideologi tersendiri kepada penggunanya tidak kiralah ianya menyokong mana-mana pihak. Akan tetapi balkanisasi secara mudahnya memudahkan pengguna untuk mencari kebenaran dan juga secara langsung memudahkan pengguna untuk menerima ideologi palsu atau hasutan yang kita tidak boleh kenal pasti kesasihannya. Inilah yang berlaku pada zaman kini di mana penggunaan internet secara bebas tanpa sekatan adalah menjadi tunjang utama Malaysia mempunyai pelbagai ideologi yang bertentangan. Ianya tidak salah untuk berlainan pendapat tetapi ianya mendatangkan permasalahan apabila ideology itu sangat bertentangan dengan kebenaran dan membawa kepada hasutan dan seterusnya menimbulkan kekacauan. Apa yang saya perhatikan,media mengamalkan kebebasan untuk bersuara.Mereka dengan sewenang-wenangnya mneyebarkan pendapat mereka sendiri tanpa isi kandungan mereka ditapis terlebih dahulu. Penggunaan ayat yang provokatif sememangnya adalah perkara yang biasa jikalau anda membaca laman-laman blog tersendiri. Ianya adalah semata-mata untuk menunjukkan apa yang mereka rasa mengenai sesuatu tanpa menghiraukan akan kesan yang dialami selepas itu. Ini telah membuatkan masyarakat Malaysia menerima pelbagai cerita dari sudut yang berbeza. Namun,apa yang diterima pengguna juga bergantung kepada paras kebijakan seseorang itu juga. Namun,adakah teori saya berkesan apabila pengguna dihidangkan dengan sesuatu yang dirasakannnya tidak betul namun lama-kelamaan menghadamnya dan menyokong pula apa yang dibaca kerana kerap kali diulang di media massa. Adakah begitu? Laman media sosial kerap kali menghidangkan apa yang kita katakan tidak bertapis. Remaja yang tidak matang fikirannya sudah pandai melayari “facebook” namun adakah fikirannya cukup matang untuk menapis dan menerima maklumat samada betul atau tidak? Di sini juga kita akan mempersoalkan kredibiliti kewartawanan itu sendiri kerana sedar atau tidak sesetengah akhbar galak mengutuk dan menebarkan fitnah antara satu sama lain. Mengapa ini terjadi? Sedangkan wartawan mempunya etika mereka tersendiri untuk menulis di dada akhbar.Perkembangan sebegini amat membimbangkan kerana telah menimbulkan kekacauan di negara kita, Malaysia. Ianya membawa kepada gangguan semangat 1 Malaysia kerana media telah membina benteng di antara kaum-kaum yang lain dalam konteks perbezaan pendapat dan seterusnya menggalakkan ketidakstabilan dalam keharmonian antara kaum di negara ini.